top of page
Web front final.jpg
BBD Logo.png

TOTTENHAM HOTSPUR

LATIHAN ESKLUSIF DI

MENANTI ANDA!

Biasiswa Bakat Dashing ialah peluang sekali seumur hidup untuk remaja lelaki Malaysia berumur 15–18 tahun membuktikan bakat bola sepak mereka dan berpeluang menjalani latihan di akademi terkenal dunia, Pusat Latihan Tottenham Hotspur di London, UK.
 

Tempoh penyertaan dibuka dari 1 Ogos hingga 30 September 2025. Bermula dengan peraduan video terbuka, 120 pemain terbaik akan dipilih ke Kem Identifikasi Bakat eksklusif bersama jurulatih rasmi Tottenham Hotspur di Kuala Lumpur pada bulan Oktober. Daripada kem ini, tiga pemain paling menonjol akan diterbangkan ke UK untuk menjalani latihan intensif, merasai suasana bola sepak profesional, dan mengembangkan potensi mereka ke tahap antarabangsa.

RAKAM Tunjukkan skil bola sepak terbaik anda dalam video berdurasi 15–60 saat.

POST Muat naik ke Instagram atau TikTok.

TAG Tag @biasiswabakatdashing dan gunakan hashtag #BiasiswaBakatDashing.

Klik di bawah untuk terma dan syarat:

BBD Website Slide 2.2.png

KEM IDENTIFIKASI BAKAT
Bersama Jurulatih Tottenham Hotspur

Dari ratusan penyertaan video yang dihantar, 120 pemain terbaik akan menerima jemputan eksklusif ke Kem Identifikasi Bakat Biasiswa Bakat Dashing di Arena Sukan, Kuala Lumpur — sebuah acara berprestij pada bulan Oktober,  yang bakal menjadi penentu perjalanan bola sepak anda. 

  • Sesi latihan intensif yang direka khusus oleh jurulatih profesional Tottenham Hotspur.

  • Ujian teknikal untuk mengukur kemahiran kawalan bola, hantaran, rembatan, dan pemahaman permainan.

  • Aktiviti untuk menilai kerjasama, komunikasi, dan mentaliti pemenang.

  • Analisis prestasi individu bagi mengenal pasti kekuatan dan potensi penambahbaikan setiap pemain.

Apa yang menjadikan kem ini unik adalah peluang untuk dinilai secara langsung oleh jurulatih global Tottenham Hotspur — mereka yang berpengalaman membangunkan pemain akademi yang kini beraksi di pentas tertinggi bola sepak dunia.

​

Hanya tiga pemain paling menyerlah akan dipilih daripada kem ini untuk merealisasikan impian mereka: latihan di Pusat Latihan Tottenham Hotspur di London, UK.

BBD Website Slide 3.1.png

LATIHAN EKSLUSIF DI
Pusat Latihan Tottenham Hotspur di London, UK

Tiga pemenang utama akan diterbangkan ke London, UK untuk latihan eksklusif di Pusat Latihan Tottenham Hotspur – pusat pembangunan pemain bertaraf dunia yang telah melahirkan bintang bola sepak antarabangsa.

  • Latihan intensif bersama jurulatih akademi

  • Pendedahan kepada fasiliti bertaraf profesional

  • Lawatan khas ke stadium Tottenham Hotspur

bottom of page